Sunday, August 16, 2015

Posted by jinson on 8/16/2015 01:36:00 PM No comments

CREAM PUFF / KRIM PAF
Sumber : Chef Alex Goh

Bahan Cream Puff / Pastri Choux
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 gm tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lengser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.

*nota: bagi yg tak ada piping bag, boleh guna sudu shj.. sudukan sebesar yg anda ingini*




KRIM KASTARD
(Hasil R&D MFH)

Bahan2 utk Krim Kastard:
¼ cwn tepung gandum
¼ cwn tepung custard
¼ cwn tepung jagung
1/3 cwn penuh gula - mumbung, kalau nak lebih manis, tambah lg
¼ sudu kecil garam
300 ml susu segar - boleh tambah lagi sekiranya nak lebih lemak
300 ml air - sekiranya tambah susu, kurangkan air sebanyak sukatan susu tambahan
1 biji telur A
½ sudu kecil esen vanila
1 sudu besar mentega - optional utk nampak berkilat.
note: saya guna measurement cup utk menyukat semua bahan di atas

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 (1-5) dgn 7 sudu besar dari 300 ml susu, kacau rata menggunakan whisker. Pecahkan telur, kacau sebati diikuti lebihan susu, esen vanila dan juga air, kacau rata. Cara ini mengelakkan ia berbiji & ia halus tanpa perlu menapisnya.
2. Masak dengan api yg perlahan sambil dikacau sentiasa sehingga kastard nampak pekat.
3. Tutup api & masukkan mentega dan kacau lagi sampai rata.
4. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

nota: Bagi yg tak ada piping bag, boleh guna sudu shj.. sudukan krim kastard ke dlm pastry yg dibelah. Untuk inti kastard, air/susu perlu ditambah lg sekiranya adunan terlalu pekat ketika hampir masak kerana kepekatannya bergantung pd jenis/brand kesemua tepung yg kita gunakan.



Kredit: fb Mars & FamilyHouse. Thank you.

Categories:

0 comments:

Post a Comment