Wednesday, September 2, 2015

Posted by jinson on 9/02/2015 10:27:00 PM No comments



Bahan-bahan
● 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
● Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
● 1 labu bawang besar (hiris halus )
● 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
● 2 biji telor dipukul
● 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
● 2 sudu kecil jus limau kasturi

Cara Menyediakannya.
1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
2. Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.
3. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
4. Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
5. Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis
Categories:

0 comments:

Post a Comment